JANGAN BAGI MAKANAN KAT MONYET


Nota ringkas semasa berjoging.

Kebetulan petang semalam rajin nak berjoging sepanjang jalan yang berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Bermula dari rumah sehingga tiba di pertengahan jalan, tiba-tiba saya perasan di satu kawasan tepi jalan ada segerombolan kumpulan monyet. Kumpulan monyet ini berada di tepi jalan disebabkan ada pihak yang bagi makanan pada kumpulan monyet tersebut.

Bagi makanan kat monyet adalah perkara yang kurang bagus untuk pihak lain sebenarnya.

Apa yang kurang bagusnya?

Pertamanya, pihak yang selalu bagi makanan kat monyet ini akan memberi makanan kat monyet menggunakan bungkusan plastik. Jika plastik tersebut bersepah terbiar di tepi jalan, pihak yang bagi makanan kat monyet tu nak bertanggungjawab kutip semula ke plastik tersebut? Kalau pihak road care tolong kutip pun, itu dikira sebagai menyusahkan pihak road care pulak. Prihatinlah sikit terhadap alam sekitar dan orang lain.

Keduanya, jika dah terbiasa bagi makanan di tepi jalan dekat monyet maka hari lain pun monyet akan bersedia di tempat yang sama menunggu ketibaan makanan. Monyet tersebut akan terbiasa untuk menunggu makanan disebabkan mind set monyet tersebut mengatakan akan sentiasa dapat setiap hari. Maka jika hari lain monyet tersebut tak dapat makanan, maka monyet tersebut akan cari inisiatif lain dengan menggeledah tong sampah di kawasan perumahan terdekat. Sehinggakan kawasan perumahan berselerak dengan sampah yang ada dalam tong sampah disebabkan monyet menggeledah.

Banyak lagi kesan negetif. Cuma saya tak berapa minat nak menulis kerana mood jadi tak berapa baik disebabkan terpikir sampah tepi jalan adalah disebabkan kita sendiri yang letak. Bukan salah monyet. Salah orang yang konon-konon baik nak bagi makanan kat monyet.

Tekan di sini untuk tengok video jika video disediakan di bawah tak dapat dimainkan. Kualiti aplikasi blogger kurang memuaskan. Minta maaf.


Catat Ulasan

0 Ulasan