HUJAN VS HARTANAH




Apa kaitan HUJAN VS HARTANAH?

Sekarang sudah tiba musim hujan. Orang ramai diingatkan supaya membuat persediaan untuk menghadapi musim banjir yang bakal melanda pada bila-bila masa.

Anda percaya tak musim hujan adalah masa terbaik untuk membuat pemerhatian terhadap hartanah yang bakal anda beli kelak?

Seperti yang anda ketahui musim hujan akan membawa bersama  banjir samada banjir yang kebiasaan berlaku akibat jumlah hujan yang terlalu banyak atau banjir kilat yang berlaku akibat saliran laluan air tersumbat. 




Kebanyakan kawasan hartanah yang berkedudukan rendah akan mengalami banjir. Pada masa ini anda boleh membuat pemerhatian terhadap hartanah yang anda bakal beli kelak samada mengalami banjir atau tidak ketika musim hujan. Bukan semua hartanah yang berada di kawasan rendah akan mengalami banjir.

Seeloknya pilihlah hartanah yang bebas daripada banjir. Supaya hartanah yang anda bakal duduki kelak bebas daripada perlu mengeluarkan kos untuk pembelian perabot baru bagi menggantikan perabot lama akibat rosak ditenggelami banjir.

Yang kedua supaya nilai hartanah yang anda jual  semula nanti sama dengan nilai pasaran semasa. Jika hartanah yang sering berlaku banjir, pembeli baru pastinya tidak akan membeli hartanah anda dengan nilai harga yang sama dengan nilai pada pasaran. Pastinya nilai jualan hartanah yang sering berlaku banjir akan lebih rendah berbanding nilai hartanah yang bebas daripada banjir.

Jadi..apa yang anda boleh buat pada musim hujan ini?




Buat pemerhatian terhadap hartanah yang bakal anda beli kelak.

Jika mahu membeli mana-mana hartanah daripada pemaju atau agen, anda perlu bertanya dahulu tentang hartanah tersebut samada bebas daripada banjir atau tidak.

Selamat bertindak😊

Catat Ulasan

0 Ulasan