3 TIPS BELI RUMAH PERTAMA UNTUK PENJAWAT AWAM



Tahun depan penjawat awam akan diberi kenaikan elaun kos sara hidup. Maka, gaji juga akan semakin tinggi pada tahun depan. Korang yang bekerja sebagai penjawat awam sudah lama tak terpikir ke nak beli rumah pertama cepat-cepat? Jom saya kongsikan 3 tips beli rumah pertama. Tak rugi kalau beli rumah cepat-cepat.


3 TIPS BELI RUMAH PERTAMA UNTUK PENJAWAT AWAM
.

Pada tahun 2016 Ceupac ada melaporkan bahawa seramai 900,000 orang penjawat awam masih tidak memiliki rumah. Takut kan dengan statistik ni?

Angka ini mungkin dan semakin bertambah pada tahun 2019. BUkan itu sahaja malahan jumlah 900,000 ini mewakili keluarga masing-masing.

Tapi persoalannya kenapa kawan-kawan penjawat awam ini tidak boleh rumah sendiri walaupun mereka sebenarnya sudah ada fisiliti mudah untuk beli rumah. Tanpa desopit lagi!

Baiklah kali ni saya macam nak share la beberapa tips beli rumah pertama khas untuk penjawat awam :
.
.
1. BELI RUMAH YANG ANDA LAYAK DAN MAMPU DAHULU.
.
Ramai orang nak beli beli selalu ikut hati dan perasaan je. Kalau boleh nak beli yang tak jauh daripada tempat kerja. Kalau boleh nak beli dekat KL, Damansara, PJ  atau Shah Alam.
.
Kalau boleh nak yang semi D, kalau boleh nak 4 bilik tidur dan 4 bilik air, ada master bedroom yang besar sekali. Kalau boleh beli di kawasan elite dan macam-macam lagi wishes.
.
Haa disebabkan nak yang bermacam-macam tu lah  akibatnya sampai anak dah nak masuk 5 masih tak ada rumah sendiri lagi. Kesian kan?
.
Saya sarankan anda gunakan teknik nombor satu ni dulu iaitu beli dulu ikut kelayakan dan kemampuan. Jangan banyak sangat wish dan lokasi tu masih boleh dibincangkan ikut kelayakan.
.
Penjawat awam kan kebiasaannya boleh minta pindah tempat kerja. Itulah tricks yang selalu digunakan oleh abang & akak senior penjawat awam kita.
.
.

.
2. JANGAN KOTORKAN SLIP GAJI ANDA DENGAN HUTANG-HUTANG JAHAT.
.
Bab ni ramai penjawat awam yang terjerumus dengan hutang-hutang jahat yang mengurangkan kelayakkan mereka untuk beli rumah dengan skim mudah LPPSA.
.
Baru je confirm kerja dah gatal nak buat personal loan. Tak ada tujuan pun selain daripada berbelanja. Pantang kena puji dek adik financial executive bank dah cair.
.
Lepas ni sila hati-hati dengan pujuk rayu kawan-kawan financial executive bank ya, sebab u all kan nak beli rumah.
.
Kalau nak jugak pinjam.. buat lah personal loan selepas anda beli rumah dulu guna skim LPPSA.
.
.
3. BELI RUMAH BUKAN SEKADAR NAK BELI SAHAJA TETAPI BELILAH UNTUK TUJUAN PELABURAN JUGA.
.
Niat memiliki rumah selalu terbantut bila anda nak beli rumah sekadar nak ada rumah sahaja. Beli rumah nak duduk sahaja sampai ke tua lepas bersara. Tu yang jadi terlalu cerewet dan terlalu memilih.
.
Kita kenalah jadi macam bangsa lain especially bangsa tianhowa yang beli rumah untuk tujuan pelaburan.

Kenapa beli rumah untuk pelaburan? Sebab bila anda nak beli rumah untuk pelaburan, anda akan melihat dari perspektif pelaburan dan untuk didiami pada satu masa nanti.
.
Bayangkan kalau hartanah yang anda beli pada tahun 2012 yang lepas niai yang sudah naik sehingga RM100K. Best kan?
.
.
Kepada rakan-rakan penjawat awam, anda sebenarnya mampu bukan sekadar memiliki rumah malahan memiliki satu telaga duit yang sangat bernilai pada satu masa nanti sekiranya anda bertindak untuk memiliki rumah sekarang.

Jika anda suka dengan posting saya ni, sila like, comment & share.

Dan jangan lupa follow saya untuk tips dan petua hartanah seterusnya.

Sekian Terima Kasih

Kredit : Nasiron Ngadi
Property Trainer
KOHAB


Catat Ulasan

0 Ulasan